INFO PKAUSIM

KATA-KATA ALUAN PRESIDEN


Segala puji hanya bagi Allah Azza Wa Jalla. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, Nabi yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Selawat dan salam juga ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat dan semua yang mengikuti jejak-jejak mereka hingga hari kiamat.
 
Alhamdulillah, pertamanya saya bagi pihak Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) mengucapkan β€œSyukran Jazilan” (Terima Kasih) yang tidak terhingga kepada pelajar-pelajar yang membantu dalam membangunkan laman web rasmi PKAUSIM. Dengan kewujudan laman web rasmi ini, PKAUSIM dapat menyampaikan maklumat kepada ahli dengan lebih baik, efisien dan tersusun.
 
PKAUSIM bertekad menjadi sebuah persatuan yang menjaga kebajikan ahlinya dan menyumbang ke arah kecemerlangan akademik USIM. Namun perkara ini tidak akan tercapai jika tidak didokong dan disokong bersama antara Majlis Eksekutif PKAUSIM dan ahli-ahlinya serta pengurusan USIM.
 
Cabaran yang dihadapi oleh PKAUSIM amat besar, tambahan dengan tuntutan dan kehendak sama ada di peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa. Oleh itu, PKAUSIM perlu bersedia, bersama dan terkehadapan dalam menghadapi perkara-perkara tersebut.
 
Akhir kalam, saya dengan rasa rendah diri mengajak semua ahli agar bersama-sama PKAUSIM dalam menyumbang ke arah kecemerlangan diri, persatuan dan USIM. Semoga kecemerlangan ini akan menjulang kegemilangan Islam di persada dunia sesuai dengan teras USIM iaitu intergrasi ilmu Naqli dan Aqli.
 
Wallahu Aβ€˜lam.
 
 
Prof. Dr. Azman Ab Rahman
Presiden PKAUSIM

SEJARAH PKAUSIM


Pada tahun-tahun awal penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (Kolej Universiti Islam Malaysia ketika itu) telah ada perbincangan tidak rasmi antara beberapa pensyarah tentang keperluan sebuah persatuan yang menaungi tenaga akademik di universiti ini. Ia bertujuan menjaga kebajikan kakitangan akademik yang berkhidmat di USIM.

Namun pada permulaannya, Pengurusan Tertinggi tidak membenarkan penubuhan persatuan akademik atas beberapa faktor. Atas dasar itu, gerakan untuk menubuhkan persatuan akademik di USIM terhenti seketika, namun kehendak akar umbi tentang perkara ini tidak pernah padam.

Dalam menyuarakan perkara-perkara berkaitan akademik, beberapa orang pensyarah telah dilantik sebagai ahli dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Bermula dengan En. Zulkifili Hasan (sekarang Prof. Madya Dr.) dan En. Abd Hamid Murad (sekarang Dr.), kedua-duanya pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Kemudian digantikan dengan Dr. Asmady Haris (sekarang Prof. Madya Dr.), pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan Dr. Fauzi Mohd Amin (sekarang Prof.) pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

Sehinggalah pada tahun 2009, USIM telah diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menubuhkan sebuah Persatuan Akademik sebagai saluran penghubung antara kakitangan akademik dan pihak KPT. Oleh itu, satu mesyuarat rasmi Jawatankuasa Penaja telah diadakan pada 25 November 2009 dan bersetuju untuk melantik ahli bagi Jawatankuasa Penaja Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia.

MAJLIS EKSEKUTIF PKAUSIM 2024/2026


JAWATANKUASA PKAUSIM 2024/2026


PROF. DR. AZMAN AB RAHMAN

PRESIDEN

πŸ“§ azman@usim.edu.my

DR. MOHD HAFIZ ABU HASSAN

TIMBALAN PRESIDEN

πŸ“§ mhafiz.a.h@usim.edu.my

  

DR. REZKI PERDANI SAWAI

SETIAUSAHA KEHORMAT

πŸ“§rezki@usim.edu.my          

DR. SYAMILA MANSOR

TIMBALAN SETIAUSAHA KEHORMAT

πŸ“§Syamila.mansor@usim.edu.my 

DR. JUNAIDAH ABU SEMAN

BENDAHARI KEHORMAT

πŸ“§ junaidah@usim.edu.my

DR. NOORFAJRI ISMAIL

BIRO AKADEMIK DAN LATIHAN

πŸ“§ noorfajri@usim.edu.my

DR. ABDUL RASHID ABDUL AZIZ

BIRO AKADEMIK DAN LATIHAN

πŸ“§ rashid@usim.edu.my

PUAN SITI RUBAINI MAT

BIRO AKADEMIK DAN LATIHAN

πŸ“§sitirubaini@usim.edu.my

DR. AZLAN BIN JAAFAR

BIRO ANTARABANGSA DAN ALUMNI

πŸ“§drazlan_jaafar@usim.edu.my

PROF. MADYA. DR SYED NAJIHUDDIN SYED HASSAN

BIRO ANTARABANGSA DAN ALUMNI

πŸ“§syednajihuddin@usim.edu.my

DR. MOHD QADRI EFFENDY MUBARAK

BIRO ANTARABANGSA DAN ALUMNI

πŸ“§ qadri.mubarak@usim.edu.my

ENCIK MOHD ADIL MUFTI MOHAMAD SAMSUDIN

BIRO KEROHANIAN DAN KEBAJIKAN

πŸ“§adilmufti@usim.edu.my

PUAN MANAL JUSOH @ MOHAMAD DAUD

BIRO KEROHANIAN DAN KEBAJIKAN

πŸ“§ manal@usim.edu.my

DR. MOHD MAHYEDDIN MOHD SALEH

BIRO KEROHANIAN DAN KEBAJIKAN

πŸ“§ mahyeddin@usim.edu.my

DR. UMI HAMIDATION MOHD SOFFIAN LEE

BIRO KOMUNIKASI DAN PROMOSI

πŸ“§ umihamidaton@usim.edu.my

DR. HASLINAWATI MOHD MUSTAPHA

BIRO KOMUNIKASI DAN PROMOSI

πŸ“§ haslinawati@usim.edu.my

DR. NUR ILYANA ISMARAU TAJUDDIN

BIRO KOMUNIKASI DAN PROMOSI

πŸ“§ nur_ilyana@usim.edu.my

PROF MADYA DR. ROSLEE AHMAD

BIRO RIADAH DAN REKREASI

πŸ“§ roslee@usim.edu.my

DR. SYAZA AZHARI

BIRO RIADAH DAN REKREASI

@syaza@usim.edu.my

ENCIK MOHD RIDWAN MOHD LAU

BIRO RIADAH DAN REKREASI

πŸ“§ ridwanlau@usim.edu.my

PROF MADYA DR. NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD DALI

PEMERIKSA KIRA KIRA I

πŸ“§ nuradli@usim.edu.my

DR. NATHRATUL AYESHAH ZULKIFLI

PEMERIKSA KIRA KIRA II

πŸ“§ ayeshahzul@usim.edu.my

OBJEKTIF PENUBUHAN

Tujuan penubuhan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM) adalah;

  1. Untuk menjaga dan mempertingkatkan kepentingan, kebajikan dan perhubungan silaturrahim ahli-ahlinya dalam suatu pertubuhan berdaftar.
  2. Untuk menjadi platform penghubung tara dan kerjasama antara ahli-ahli PKAUSIM dengan pengurusan tertinggi USIM.
  3. Untuk bekerjasama dan menyelaraskan pelbagai usaha dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Persatuan pegawai akademik IPTA lain dalam pelbagai hal.
  4. Untuk menyebarluaskan pendapat bermaklumat tentang pelbagai aspek kepentingan akademik melalui penerbitan, seminar, dan sebagainya.

KEAHLIAN

Menurut Perlembagaan PKAUSIM (Fasal 4), setiap kakitangan akademik yang mendaftar di Universiti Sains Islam Malaysia menjadi ahli PKAUSIM setelah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif PKAUSIM. Keahlian PKAUSIM adalah seperti berikut:

  • Ahli Biasa: ia terbuka kepada semua kakitangan akademik daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, iaitu Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah, Tutor, Guru Bahasa dan Guru Tamhidi yang bekerja secara tetap, kontrak/pinjaman, dan sementara di Universiti Sains Islam Malaysia.
  • Ahli Bersekutu: ia terbuka kepada para felo, karyawan tamu, dan kakitangan akademik kunjungan yang bertugas di Universiti Sains Islam Malaysia. Mereka tidak berhak  mengundi dan diundi untuk memegang jawatan dalam PKAUSIM.
  • Ahli Kehormat: ia akan dilantik oleh Majlis Eksekutif PKAUSIM mengikut undian sebulat suara. Perlantikan ini akan disahkan dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke atas individu-individu tertentu yang terkenal dalam masyarakat umum atau yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada Universiti atau PKAUSIM. Mereka tidak berhak mengundi dan diundi untuk memegang jawatan dalam PKAUSIM.
  • Ahli Seumur Hidup: ia terbuka kepada Ahli Biasa PKAUSIM yang membayar yuran sebanyak RM240.00. Ahli seumur hidup boleh membayar sama ada sekaligus atau secara ansuran selama 1 tahun (RM 20.00 x 12 bulan) melalui potongan gaji.
  • Keistimewaan dan manfaat keahlian PKAUSIM sama ada ahli biasa, ahli bersekutu, ahli kehormat dan ahli seumur hidup hanya setakat ahli itu bekerja di Universiti Sains Islam Malaysia.

Keahlian ahli akademik USIM adalah secara automatik. Sebarang penarikan diri (pemberhentian dan pemecatan ahli, Fasal 6) wajib menghantar permohonan tarik diri secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat (lantikan semasa) melalui emel pkausim@usim.edu.my.

YURAN PENDAFTARAN, BULANAN DAN BAYARAN LAIN

  • Menurut Perlembagaan PKAUSIM (Fasal 4);
    • Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu perlu menjelaskan bayaran seperti berikut:
      • Yuran pendaftaran RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja)
      • Yuran tahunan RM48.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lapan sahaja) secara potongan gaji (sekali setahun sahaja).
    • Ahli Kehormat tidak diperlukan membayar apa-apa yuran tambahan.
    • Ahli Seumur Hidup perlu membayar RM240.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Empat puluh Sahaja) dan boleh dibayar ansuran selama 1 tahun (RM 20.00 x 12 bulan) melalui potongan gaji. Tiada potongan tahunan RM48.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lapan sahaja) dikenakan kepada ahli seumur hidup.
  • Yuran keahlian tahunan PKAUSIM akan dipotong melalui gaji secara automatik sekali setahun sahaja.
    • Potongan gaji akan dibuat dalam bulan November pada tahun semasa.
  • Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung PKAUSIM. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat Agung PKAUSIM dibuat secara dwitahunan.
lantikan terkini Februari 2024, berkuatkuasa hingga 31 mac 2026.

Menurut Perlembagaan PKAUSIM (Fasal 7), kerja-kerja mesyuarat agung dwi tahunan ialah:
(a)      menerima laporan Majlis Eksekutif berkenaan perjalanan PKAUSIM dalam tahun lalu;
(b)      menerima laporan Bendahari Kehormat dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;
(c)      memilih ahli-ahli Majlis Eksekutif dan pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun yang akan datang; dan
(d)      menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan dalam mesyuarat itu.

Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurang tujuh  (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira PKAUSIM bagi tahun lalu yang telah diaudit.
Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan PKAUSIM.

Sekian, terima kasih.