AKTIVITI

HARI AKADEMIA 2021 (KAKUAM 2021)

Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam 2021 (KAKUAM 2021)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) akan menganjurkan KAKUAM kali ke-3 (KAKUAM 2021) dengan dengan pengisian forum bertema ” STATUS SEMASA PENGAJIAN TINGGI NEGARA” pada 6 & 7 Oktober 2021.

Sehubungan dengan itu, semua ahli akademik universiti awam Seluruh Malaysia dengan hormatnya dijemput untuk mengikuti perkongsian ini secara langsung melalui platform FB Live melalui pautan dibawah.

Butiran lanjut adalah seperti di berikut :

Tarikh : 6 Oktober & 7 Oktober 2021 (Rabu)
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
Pautan WEBEX: https://tinyurl.com/kakuam

Sekian, terima kasih.
PKAUSIM

Poster Utama KAKUAM 2021

Video Majlis KAKUAM 2021


VIDEO ucapan Presiden PKAUSIM 2020-2022 di KONVENSYEN AKADEMIK UNIVERSITI AWAM (KAKUAM 2021).

Galeri

Pembukaan KAKUAM 2021.
Seramai kira-kira 200 akademia telah menghadiri sesi ini.

Coretan KAKUAM 2021

Antara para akademia yang hadir dan memeriahkan majlis KAKUAM 2021.

Sekian, terima kasih.

GRAND IFTAR PKAUSIM 2024

POSTER PROGRAM

27 Mac 2024 – Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah menjalankan majlis berbuka puasa bersama ahli-ahli PKAUSIM di Golf & Country Club Kota Seriemas.

Majlis disertakan dengan ucapan daripada Presiden PKAUSIM, Prof. Dr Azman Ab Rahman sebelum majlis berbuka, dan seterusnya sesi fotografi bersama semua ahli akademik USIM yang bersama-sama memenuhi jemputan pihak Persatuan.

Semoga ukhwah yang dijalin dapat menguatkan lagi hubungan sesama ahli akademik USIM di masa akan datang.

MESYUARAT AGUNG PKAUSIM KALI KE-9

Alhamdulillah. Pada 7 Februari 2024 yang lalu, PKAUSIM telah menjalankan Mesyuarat Agung PKAUSIM bagi sesi ke-9 yang telah dipengerusikan oleh mantan Presiden PKAUSIM 2022/2024, iaitu Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri.

Majlis dimulakan dengan pembentangan aktiviti dan laporan kewangan bagi tahun 2023 oleh Majlis Tertinggi. Majlis turut diselangi dengan sesi cabutan bertuah.

Pimpinan PKAUSIM 2022/2024 kemudian dibubarkan secara rasmi dan diteruskan dengan sesi pemilihan pimpinan baharu. Prof. Dr. Azman Ab Rahman telah dipersetujui oleh ahli PKAUSIM untuk menerajui kepimpinan PKAUSIM bagi sesi 2024/2026. Senarai penuh Majlis Tertinggi dan Exco PKAUSIM akan diwarwarkan dalam masa terdekat.

Terima kasih kepada pimpinan sesi 2022/2024 atas komitmen sepanjang berada dalam kepimpinan, dan tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik meneruskan tanggungjawab bagi sesi 2024/2026.

Tahniah dan Takziah diucapkan atas pelantikan Majlis Eksekutif Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) bagi kepimpinan sesi 2024/2026

Diharap barisan kepimpinan ini dapat membangunkan dan mengukuhkan lagi kerjasama antara kakitangan akademik USIM dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

MAJLIS PELANCARAN HARI AKADEMIA USIM 2023

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐š ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘

5 Oktober 2023 – Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL USIM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Hari Akademia USIM 2023 bersempena dengan Hari Akademia.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani di bawah tema ‘Integriti Pemangkin USIM Cemerlang USIM disayang’.

Antara pengisian majlis ini termasuk ucapan dan tausiyah Naib Canselor USIM & Presiden PKAUSIM, seterusnya pelancaran produk CETL, penyampaian hadiah pertandingan-pertandingan Hari Akademia serta persembahan sajak oleh juara pertandingan.

Semoga sambutan majlis ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

GAMBAR GAMBAR MAJLIS

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN

TAKLIMAT PERKHIDMATAN CEMERLANG: PERSEDIAAN MASA HADAPAN

Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah menjemput tiga orang panel, Puan Nor Shasharina Suhaimi (Seksyen Persaraan dan Rekod), YM Tunku Nazruddin Tunku Yahaya (Seksyen Saraan dan Cuti) dan Puan Norhaida Abd Shukor (Seksyen Perkhidmatan) bagi memberi taklimat kepada staf akademik USIM berkait dengan isu persaraan, cuti dan perkhidmatan.

Program ini dijalankan secara hibrid, dan telah berjaya mengumpul lebih daripada 140 orang hadirin, atas talian dan fizikal untuk turut serta dalam program ini. Taklimat ini juga menyaksikan pelbagai persoalan dilontarkan oleh para staf akademik USIM kepada para panel untuk mendapatkan penjelasan berkait isu isu tertentu.

Semoga dengan taklimat yang ringkas ini, ia dapat memberi manfaat kepada staf akademik USIM.

HARI KELUARGA PKAUSIM 2023

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐Š๐€๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘

7 Oktober 2023 – Alhamdulillah, Persatuan Kakitangan Akademik USIM telah berjaya menjalankan program Hari Keluarga PKAUSIM bagi tahun 2023 yang diadakan di Camar Laut Resort, Bagan Lalang Sepang.

Program kali ini menyaksikan hampir 40 keluarga dapat turut serta bagi memeriahkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antara acara utama yang dijalankan semestinya sukaneka dan ianya mencakupi semua kategori umur dari bawah 3 tahun sehingga ke golongan dewasa.

PKAUSIM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan bersama dalam program ini dan berharap lebih ramai lagi penyertaan pada tahun akan datang.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM

FORUM INTEGRITI PEMANGKIN DUNIA AKADEMIK

Pada 13hb September 2023, Persatuan Kakitangan Akademik USIM 2023 telah mengadakan program forum bersempena dengan sambutan Hari Akademia peringkat USIM 2023.

PKAUSIM telah menjemput Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, Professor Dr. Ahmad Ismail FASC sebagai panel utama dalam forum ini, bagi membincangkan isu isu berkait dengan integriti khususnya dalam bidang akademik.

Semoga perkongsian ini mampu menjadi panduan kepada para ahli akademik untuk terus berpegang kepada prinsip ini dalam menjalankan tugas masing masing,


FULL VIDEO | FORUM INTEGRITI HARI AKADEMIA USIM 2023

PERTANDINGAN KEMAS

๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ | ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐š ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘

Pada 21 September 2023, Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah menjalankan pertandingan KEMAS (kreatif dan menyelesaikan masalah) bersempena dengan sambutan Hari Akademia dan telah dijalankan di Bilik Seminar Perpustakaan USIM.

Pertandingan ini menyaksikan penyertaan yang menggalakkan di kalangan staf akademik USIM yang bertujuan untuk menghasilkan idea-idea berbentuk poster atau produk demi menyelesaikan sesuatu masalah dalam bidang yang diceburi.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa program, juri-juri serta peserta-peserta yang turut serta dalam memeriahkan lagi pertandingan ini.

PERTANDINGAN BADMINTON

14 September 2023 – Persatuan Kakitangan Akademik USIM telah mengadakan kejohanan badminton bersempena dengan Hari Akademia peringkat USIM 2023. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan yang menggalakkan dalam kalangan staf akademik USIM.

Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan penjagaan kesihatan di kalangan staf akademik USIM.