Wakil ahli Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM), Prof. Madya. Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Ali sebagai Timbalan Presiden PKAUSIM bersama Dr. Roslee bin Ahmad yang memegang jawatan Biro Jaringan Luar PKAUSIM, telah mengadakan satu perbincangan Bersama Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani bagi membincangkan tentang program yang akan diadakan bersama universiti luar yang dijangka akan dijalankan sekitar bulan Ogos atau September.