Month: June 2021

SAIS 2021

SEMINAR ANTARABANGSA
ISLAM DAN SAINS 2021

1 Disember 2021, Seminar atas Talian

PENGHANTARAN ARTIKEL PENUH: 30 SEPTEMBER 2021
NOTIFIKASI PENERIMAAN ARTIKEL: 31 OKTOBER 2021
TARIKH AKHIR PEMBAYARAN & PENDAFTARAN: 15 NOVEMBER 2021

PENGENALAN

Program SAIS 2021 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.

  1. Sehubungan itu, SAIS 2021 kali ini bertemakan “Wawasan kemakmuran bersama 2030″ yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
  2. SAIS 2021 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.
  3. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2021 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains dan islam; sebagai pendokumentasian amalan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan bagi memperkasakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik berpaksikan epistomologi tauhidik Islam.

OBJEKTIF

  1. Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2021.
  2. Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama.
    * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2021 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor e-ISBN.

TEMA DAN SUB-TEMA

SAIS 2021 kali ini bertemakan Wawasan kemakmuran bersama 2030 yang meliputi subtema berikut:

  • Kemampanan Fiskal
  • Modal Kewangan
  • Keberkesanan Penyampaian Institusi
  • Tadbir Urus & Integriti
  • Pendidikan & TVET
  • Data Raya
  • Kelestarian
  • Masyarakat Berpencerahan
  • Sains & Teknologi
  • Pengajian Islam
  • Sains Sosial & Kemanusiaan, dan
  • Isu-isu berkenaan.

E-PROSIDING SAIS 2021

YURAN PENYERTAAN

  • Yuran pembentangan hanya RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit sahaja) sama ada ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah dan staf pentadbiran USIM.
  • Yuran penyertaan hanya RM25.00 (Dua Puluh Lima Ringgit sahaja) dan terbuka kepada semua yang berminat.
  • Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama:
    Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
    • Nota Pembayaran Penyertaan:
      • i. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 15 November 2021.
      • ii. Sila emelkan slip pembayaran (mail subject line: SAIS 2021 PAYMENT) ke emel pkausim@usim.edu.my.

e-SIJIL / e-CERTIFICATE

Sijil akan diberikan kepada Pembentang (Yuran Pendaftaran RM50) dan Peserta (Yuran Pendaftaran RM25).

  • e-Sijil mengandungi NAMA PEMBENTANG/PESERTA dan TAJUK ARTIKEL.
  • e-Sijil Tambahan (Additional certificate) hendaklah dimaklumkan sebelum 15 November 2021, dengan bayaran RM5/sijil.
    • PRESENTERS can apply for the ADDITIONAL E-CERT for their research members with RM5/e-cert.
    • Complete this application form (https://forms.office.com/r/Z7K31JjJHv), OR email the details to pkausim@usim.edu.my. If you choose to email, please refer to the form for the details needed.
  • Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama:
    Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
    • Nota Pembayaran e-Sijil Tambahan:

FORMAT KERTAS KERJA

  • Untuk pendaftaran, kertas kerja penuh dan tema/subtema perlu diemelkan mengikut kategori bahasa pengantaraan yang digunakan sebelum/selewatnya 30 September 2021.
    • Bahasa Melayu: latifah@usim.edu.my (013-3092465)
    • Bahasa Inggeris: noorfajri@usim.edu.my (019-7789384)
    • Bahasa Arab: zalika@usim.edu.my (011-33113719)
  • ​Sila rujuk lampiran dibawah untuk format penulisan kertas kerja

TENTATIF PROGRAM

  • Muat-turun Buku Program SAIS2021
  • UCAPTAMA

    HUBUNGI SAIS 2021

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

    • Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
    • Setiausaha SAIS 2021: Puan Siti Rubaini Mat (012-2037 416)
    • Pengarah SAIS 2021: Prof Dr Azman Ab Rahman (012-2165 852)
    • E-mel: pkausim@usim.edu.my
    • FB: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)

    Sekian, terima kasih.