Month: February 2024

MESYUARAT AGUNG PKAUSIM KALI KE-9

Alhamdulillah. Pada 7 Februari 2024 yang lalu, PKAUSIM telah menjalankan Mesyuarat Agung PKAUSIM bagi sesi ke-9 yang telah dipengerusikan oleh mantan Presiden PKAUSIM 2022/2024, iaitu Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri.

Majlis dimulakan dengan pembentangan aktiviti dan laporan kewangan bagi tahun 2023 oleh Majlis Tertinggi. Majlis turut diselangi dengan sesi cabutan bertuah.

Pimpinan PKAUSIM 2022/2024 kemudian dibubarkan secara rasmi dan diteruskan dengan sesi pemilihan pimpinan baharu. Prof. Dr. Azman Ab Rahman telah dipersetujui oleh ahli PKAUSIM untuk menerajui kepimpinan PKAUSIM bagi sesi 2024/2026. Senarai penuh Majlis Tertinggi dan Exco PKAUSIM akan diwarwarkan dalam masa terdekat.

Terima kasih kepada pimpinan sesi 2022/2024 atas komitmen sepanjang berada dalam kepimpinan, dan tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik meneruskan tanggungjawab bagi sesi 2024/2026.

Tahniah dan Takziah diucapkan atas pelantikan Majlis Eksekutif Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) bagi kepimpinan sesi 2024/2026

Diharap barisan kepimpinan ini dapat membangunkan dan mengukuhkan lagi kerjasama antara kakitangan akademik USIM dengan penuh tanggungjawab dan amanah.