Program SAIS 2024 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.
Sehubungan itu, SAIS 2024 kali ini bertemakan βMemacu Rukun Madani dalam Sains Islamikβ yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
SAIS 2024 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.
3. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2024 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains
OBJEKTIF
Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2024.
Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama. * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2024 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor e-ISBN.
TEMA DAN SUB TEMA
SAIS 2024 kali ini bertemakan βMemacu Rukun Madani dalam Sains Islamikβ yang meliputi subtema berikut:
Kemampanan Fiskal
Modal Kewangan
Keberkesanan Penyampaian Institusi
Tadbir Urus & Integriti
Pendidikan & TVET
Data Raya
Kelestarian
Masyarakat Berpencerahan
Sains & Teknologi
Pengajian Islam
Sains Sosial & Kemanusiaan, dan
Isu-isu berkenaan.
YURAN SEMINAR
Yuran pembentangan hanya RM 125.00 (Satu Ratus Dua Puluh Lima Ringgit sahaja) untuk satu kertas dan RM200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja) untuk pembayaran bagi penyertaan dua kertas. Yuran adalah sama tanpa mengira ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah atau staf pentadbiran USIM
Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
Nota Pembayaran Penyertaan:
i. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum penghantaran kertas kerja penuh / extended abstract dan bukti pembayaran perlu dimuatnaik bersama.
ii. Sila emelkan slip pembayaran (mail subject line: SAIS 2024 PAYMENT) ke emel pkausim@usim.edu.my.
TEMPLATE KERTAS KERJA
PIC Kertas Kerja SAIS 2024
Bahasa Melayu: sitirubaini@usim.edu.my (012-2037416)
Bahasa Inggeris: noorfajri@usim.edu.my (019-7789384)
Bahasa Arab: zalika@usim.edu.my (011-33113719)
βSila rujuk lampiran dibawah untuk format penulisan kertas kerja.
26 September 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsung Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS2024) edisi ke-7 anjuran PKAUSIM di Fakulti Pengajia Bahasa Utama (FPBU), USIM.
Seminar kalini telah berjaya menghimpunkan hampir 180 pembentangan yang meliputi kertas kerja Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Extended Abstract.
Bertemakan βMemacu Prinsip Madani dalam Sains Islamβ, para pensyarah telah menghasilkan penulisan di bawah kepakaran masing-masing dan membentangkan dapatan kajian mereka di hadapan rakan-rakan pembentang yang lain.
Semoga program ini akan terus mendapat sambutan bagi sesi yang akan
HUBUNGI KAMI
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
Setiausaha SAIS 2024: Puan Siti Rubaini Mat (012-2037 416)
Pengarah SAIS 2024: Prof Dr Azman Ab Rahman (012-2165 852)
Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah mengadakan satu majlis kecil-kecilan bagi meraikan ahli PKAUSIM yang akan bakal berangkat ke tanah suci bagi menjalankan ibadah Haji bagi tahun ini.
Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas yang diketuai oleh ustaz Mohd Adil Mufti bin Mohamad Samsudin, wakil Biro Kerohanian dan Kebajikan, dan seterusnya ucapan ringkas daripada Presiden Persatuan, Prof. Azman Ab Rahman.
Bakal jemaah haji juga turut menerima sedikit sumbangan daripada Persatuan bagi memudahkan urusan perjalanan ke tanah suci nanti. Semoga menjadi haji yang mabrur dan mendapatkan ampunan-Nya.