FT: (Team Akademik A) ๐ – ๐ (Team Akademik B)
Perlawanan bola sepak Piala Presiden PKAUSIM 2025 menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan, terdiri daripada staf akademik USIM yang diketuai oleh Prof. Dr. Irwan Mohd Subri dan Prof. Dr. Azman Ab Rahman.
Tujuan utama perlawanan ini diadakan adalah untuk membantu staf akademik berinteraksi di luar persekitaran kerja formal, mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara jabatan atau fakulti.
Semoga perlawanan ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Sempena 25 tahun USIM, Persatuan Kakitangan Akademik USIM mengambil insiatif untuk mempamerkan kepakaran staf akademik USIM merentasi fakulti melalui terbitan buku khas.
Bengkel ini telah diadakan pada 19 Februari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama FSU, USIM yang bertujuan untuk memberi pencerahan tentang format dan kaedah penulisan bab dalam buku yang telah ditetapkan oleh persatuan.
Bengkel ini juga merupakan medan persediaan untuk pemohon geran PKAUSIM bagi tahun 2025, di mana peserta diberi pencerahan tentang kaedah penulisan geran yang tepat.
Semoga program ini dapat membantu staf akademik untuk mengasah dan menguasai kemahiran menulis dengan berkesan.
Majlis Tertinggi Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah melaporkan segala aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024 beserta perincian kewangan bagi setiap aktiviti. Majlis Tertinggi PKAUSIM juga telah membentangkan segala cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan bagi tahun 2025. Semoga segala aktiviti ini dapat dijayakan dan disertai oleh semua staf akademik USIM.
Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian dalam Siri Fi Qalbi 3.0 yang membincangkan isu 25 tahun USIM: Cabaran dan Masa Depan Akademia. Prof. Dr. Irwan Mohd Subri telah menjelaskan sejarah persatuan dan falsafah setiap kepimpinan yang berbeza. En. Mohd Syaifool dari Jabatan Pendaftar pula telah menekankan kaedah dan cabaran dalam isu kenaikan pangkat staf akademik.
Semoga siri ini dapat diteruskan lagi bagi membincangkan isu isu terkini berkait staf akademik USIM.
3 Januari 2025 – Jumaat. PKAUSIM telah memulakan sesi 2025 dengan aktiviti ringkas bagi menghimpunkan staf USIM secara atas talian melalui malis tahlil ringkas dan juga doa selamat.
Majlis ini bertujuan untuk meminta agar Allah memudahkan anak-anak yang bakal menduduki ujian UPKK dan SPM khususnya.
Semoga majlis ringkas ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.