Program SAIS 2025 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.
Sehubungan itu, SAIS 2025 kali ini bertemakan “Memacu Rukun Madani dalam Sains Islamik” yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
SAIS 2025 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.
3. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2025 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains
OBJEKTIF
Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2025.
Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama. * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2025 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor e-ISSN.
TEMA DAN SUB TEMA
SAIS 2025 kali ini bertemakan “Memacu Rukun Madani dalam Sains Islamik” yang meliputi subtema berikut:
Kemampanan Fiskal
Modal Kewangan
Keberkesanan Penyampaian Institusi
Tadbir Urus & Integriti
Pendidikan & TVET
Data Raya
Kelestarian
Masyarakat Berpencerahan
Sains & Teknologi
Pengajian Islam
Sains Sosial & Kemanusiaan, dan
Isu-isu berkenaan.
YURAN SEMINAR
Yuran pembentangan hanya RM 125.00 (Satu Ratus Dua Puluh Lima Ringgit sahaja) untuk satu kertas dan RM200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja) untuk pembayaran bagi penyertaan dua kertas. Yuran adalah sama tanpa mengira ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah atau staf pentadbiran USIM
Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
Nota Pembayaran Penyertaan:
i. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum penghantaran kertas kerja penuh / extended abstract dan bukti pembayaran perlu dimuatnaik bersama.
ii. Sila emelkan slip pembayaran (mail subject line: SAIS 2025 PAYMENT) ke emel pkausim@usim.edu.my.
TEMPLATE KERTAS KERJA
PIC Kertas Kerja SAIS 2025
Bahasa Melayu: sitirubaini@usim.edu.my (012-2037416)
Bahasa Inggeris: noorfajri@usim.edu.my (019-7789384)
Bahasa Arab: zalika@usim.edu.my (011-33113719)
Sila rujuk lampiran dibawah untuk format penulisan kertas kerja.
Alhamdulillah majlis iftar perdana anjuran PKAUSIM telah berjaya menghimpunkan hampir 100 staf akademik USIM bagi menikmati juadah berbuka di Kota Seriemas Golf & Country Club. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.