Category: Lain-lain

KEMBARA KOMUNITI PULAU TINGGI

Pada 31 Mei hingga 1 Jun 2025, Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Institut Fatwa dan Halal USIM (IFFAH), Pusat Wakaf & Zakat USIM (PWZ) serta Mamee Malaysia telah menganjurkan Program Kembara Komuniti ke Pulau Tinggi, Mersing, Johor. Program ini merupakan salah satu inisiatif khidmat masyarakat yang bertujuan mempererat hubungan antara warga akademik USIM dengan komuniti setempat di samping menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan peserta.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, antaranya sesi ramah mesra bersama anak-anak pulau yang dijalankan melalui pendekatan permainan berunsurkan Islamik, aktiviti pembersihan pantai bersama penduduk tempatan sebagai usaha menjaga kelestarian alam sekitar, serta agihan makanan kepada komuniti yang ditaja oleh pihak Mamee Malaysia.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat di Pulau Tinggi, malah turut menyuntik semangat kesukarelawanan dan keprihatinan dalam kalangan peserta. PKAUSIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sumbangan bagi menjayakan program ini. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan dan diperluas lagi pada masa akan datang demi manfaat bersama.

#pkausimfiqalbi

PENULISAN POPULAR PKAUSIM

JEMPUTAN MENYUMBANG PENULISAN POPULAR ANJURAN PKAUSIM SEMPENA EDISI KHAS 25 TAHUN USIM

Dengan sukacitanya, kami menjemput warga USIM serta alumni dan rakan strategik untuk menyumbangkan penulisan popular bagi Edisi Khas Penerbitan Sempena USIM ke-25.

Tema: โ€œMERENTAS GENERASI: NAQLI DAN AQLI PEMANGKIN TRANSFORMASI UMMAHโ€

Panduan Penulisan:
Gaya bahasa santai, mesra dan mudah difahami (popular writing)
Panjang artikel: 800 โ€“ 1,200 patah perkataan
Sertakan gambar beresolusi tinggi (jika ada)
Penulisan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Template penulisan disediakan

Tarikh akhir penghantaran: 15 Ogos 2025
Sebarang pertanyaan: Dr. Syamila Mansor / Email; syamila.mansor@usim.edu.my

Ayuh, jadikan penulisan anda sebahagian daripada kenangan sempena 25 tahun USIM!


TEMPLATE PENULISAN POPULAR

SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS 2025

PENGENALAN SEMINAR

Program SAIS 2025 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.

  1. Sehubungan itu, SAIS 2025 kali ini bertemakan โ€œMerentas Generasi: Naqli Aqli Pemangkin Transformasi Ummahโ€ yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
  2. SAIS 2025 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.

3. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2025 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains

OBJEKTIF

  1. Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2025.
  2. Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama.
    * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2025 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor e-ISSN.

TEMA DAN SUB TEMA

SAIS 2025 kali ini bertemakan โ€œMerentas Generasi: Naqli Aqli Pemangkin Transformasi Ummahโ€ yang meliputi subtema berikut:

  • Kemampanan Fiskal
  • Modal Kewangan
  • Keberkesanan Penyampaian Institusi
  • Tadbir Urus & Integriti
  • Pendidikan & TVET
  • Data Raya
  • Kelestarian
  • Masyarakat Berpencerahan
  • Sains & Teknologi
  • Pengajian Islam
  • Sains Sosial & Kemanusiaan, dan
  • Isu-isu berkenaan.

YURAN SEMINAR

  • Yuran pembentangan hanya RM 100.00 (Satu Ratus Ringgit sahaja) untuk pendaftaran awal (30 Jun 2025) dan RM125.00 (Satu Ratus Dua Puluh Lima Ringgit Sahaja) untuk pendaftaran normal. Yuran adalah sama tanpa mengira ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah atau staf pentadbiran USIM
  • Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama:
    Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
    • Nota Pembayaran Penyertaan:
      • i. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum penghantaran kertas kerja penuh dan bukti pembayaran perlu dimuatnaik bersama.
      • ii. Sila emelkan slip pembayaran (mail subject line: SAIS 2025 PAYMENT) ke emel pkausim@usim.edu.my.

TEMPLATE KERTAS KERJA

  • PIC Kertas Kerja SAIS 2025
    • Bahasa Melayu: latifah@usim.edu.my (013-3092465)
    • Bahasa Inggeris: sitirubaini@usim.edu.my (012-2037416)
    • Bahasa Arab: yuslina@usim.edu.my (019-2610828)
  • โ€‹Sila rujuk lampiran dibawah untuk format penulisan kertas kerja

E-PROCEEDING SAIS 2025

KERTAS KERJA PENUH BAHASA MELAYU


KERTAS KERJA PENUH (BAHASA INGGERIS)

KERTAS KERJA PENUH BAHASA ARAB

HUBUNGI KAMI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
  • Setiausaha SAIS 2025: Puan Siti Rubaini Mat (012-2037 416)
  • Pengarah SAIS 2025: Prof Dr Azman Ab Rahman (012-2165 852)
  • E-mel: pkausim@usim.edu.my
  • FB: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)

MAJLIS IFTAR PERDANA PKAUSIM 2025

Alhamdulillah majlis iftar perdana anjuran PKAUSIM telah berjaya menghimpunkan hampir 100 staf akademik USIM bagi menikmati juadah berbuka di Kota Seriemas Golf & Country Club. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

PIALA PRESIDEN PKAUSIM 2025

FT: (Team Akademik A) ๐Ÿ – ๐Ÿ“ (Team Akademik B)

Perlawanan bola sepak Piala Presiden PKAUSIM 2025 menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan, terdiri daripada staf akademik USIM yang diketuai oleh Prof. Dr. Irwan Mohd Subri dan Prof. Dr. Azman Ab Rahman.

Tujuan utama perlawanan ini diadakan adalah untuk membantu staf akademik berinteraksi di luar persekitaran kerja formal, mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara jabatan atau fakulti.

Semoga perlawanan ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

#pkausimfiqalbi

BENGKEL PENULISAN BAB DALAM BUKU & PROPOSAL GERAN PKAUSIM

Sempena 25 tahun USIM, Persatuan Kakitangan Akademik USIM mengambil insiatif untuk mempamerkan kepakaran staf akademik USIM merentasi fakulti melalui terbitan buku khas.

Bengkel ini telah diadakan pada 19 Februari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama FSU, USIM yang bertujuan untuk memberi pencerahan tentang format dan kaedah penulisan bab dalam buku yang telah ditetapkan oleh persatuan.

Bengkel ini juga merupakan medan persediaan untuk pemohon geran PKAUSIM bagi tahun 2025, di mana peserta diberi pencerahan tentang kaedah penulisan geran yang tepat.

Semoga program ini dapat membantu staf akademik untuk mengasah dan menguasai kemahiran menulis dengan berkesan.

#PKAUSIMFIQalbi

LAPORAN KEWANGAN PKAUSIM & FI QALBI 3.0

21 Januari 2024 | FSU USIM |

Majlis Tertinggi Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah melaporkan segala aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024 beserta perincian kewangan bagi setiap aktiviti. Majlis Tertinggi PKAUSIM juga telah membentangkan segala cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan bagi tahun 2025. Semoga segala aktiviti ini dapat dijayakan dan disertai oleh semua staf akademik USIM.

Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian dalam Siri Fi Qalbi 3.0 yang membincangkan isu 25 tahun USIM: Cabaran dan Masa Depan Akademia. Prof. Dr. Irwan Mohd Subri telah menjelaskan sejarah persatuan dan falsafah setiap kepimpinan yang berbeza. En. Mohd Syaifool dari Jabatan Pendaftar pula telah menekankan kaedah dan cabaran dalam isu kenaikan pangkat staf akademik.

Semoga siri ini dapat diteruskan lagi bagi membincangkan isu isu terkini berkait staf akademik USIM.

TAHLIL RINGKAS & DOA SELAMAT

๐“๐š๐ก๐ฅ๐ข๐ฅ ๐‘๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ & ๐ƒ๐จ๐š ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ

3 Januari 2025 – Jumaat. PKAUSIM telah memulakan sesi 2025 dengan aktiviti ringkas bagi menghimpunkan staf USIM secara atas talian melalui malis tahlil ringkas dan juga doa selamat.

Majlis ini bertujuan untuk meminta agar Allah memudahkan anak-anak yang bakal menduduki ujian UPKK dan SPM khususnya.

Semoga majlis ringkas ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

#PKAUSIMFiQalbi