SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS 2025

SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS 2025

PENGENALAN SEMINAR

Program SAIS 2025 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.

  1. Sehubungan itu, SAIS 2025 kali ini bertemakan “Memacu Rukun Madani dalam Sains Islamik” yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
  2. SAIS 2025 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.

3. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2025 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains

OBJEKTIF

  1. Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2025.
  2. Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama.
    * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2025 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor e-ISSN.

TEMA DAN SUB TEMA

SAIS 2025 kali ini bertemakan “Memacu Rukun Madani dalam Sains Islamik” yang meliputi subtema berikut:

  • Kemampanan Fiskal
  • Modal Kewangan
  • Keberkesanan Penyampaian Institusi
  • Tadbir Urus & Integriti
  • Pendidikan & TVET
  • Data Raya
  • Kelestarian
  • Masyarakat Berpencerahan
  • Sains & Teknologi
  • Pengajian Islam
  • Sains Sosial & Kemanusiaan, dan
  • Isu-isu berkenaan.

YURAN SEMINAR

  • Yuran pembentangan hanya RM 125.00 (Satu Ratus Dua Puluh Lima Ringgit sahaja) untuk satu kertas dan RM200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja) untuk pembayaran bagi penyertaan dua kertas. Yuran adalah sama tanpa mengira ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah atau staf pentadbiran USIM
  • Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama:
    Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
    • Nota Pembayaran Penyertaan:
      • i. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum penghantaran kertas kerja penuh / extended abstract dan bukti pembayaran perlu dimuatnaik bersama.
      • ii. Sila emelkan slip pembayaran (mail subject line: SAIS 2025 PAYMENT) ke emel pkausim@usim.edu.my.

TEMPLATE KERTAS KERJA

  • PIC Kertas Kerja SAIS 2025
    • Bahasa Melayu: sitirubaini@usim.edu.my (012-2037416)
    • Bahasa Inggeris: noorfajri@usim.edu.my (019-7789384)
    • Bahasa Arab: zalika@usim.edu.my (011-33113719)
  • ​Sila rujuk lampiran dibawah untuk format penulisan kertas kerja

E-PROCEEDING SAIS 2025

KERTAS KERJA PENUH BAHASA MELAYU


KERTAS KERJA PENUH (BAHASA INGGERIS)

KERTAS KERJA PENUH BAHASA ARAB

HUBUNGI KAMI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
  • Setiausaha SAIS 2025: Puan Siti Rubaini Mat (012-2037 416)
  • Pengarah SAIS 2025: Prof Dr Azman Ab Rahman (012-2165 852)
  • E-mel: pkausim@usim.edu.my
  • FB: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *.

*
*