Month: May 2026

SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS 2026

PENGENALAN SEMINAR

Program SAIS 2026 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.

  1. Sehubungan itu, SAIS 2026 kali ini bertemakan “Wahyu dan Akal: Teras Kebangkitan Sains dan Tamadun Islam” yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
  2. SAIS 2026 juga merupakan program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.
  3. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2026 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains

OBJEKTIF

  1. Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2026.
  2. Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama.
    * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2026 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor e-ISSN.

TEMA DAN SUB TEMA

SAIS 2026 kali ini bertemakan Wahyu dan Akal: Teras Kebangkitan Sains dan Tamadun Islam yang meliputi subtema berikut:

  • Kemampanan Fiskal
  • Modal Kewangan
  • Keberkesanan Penyampaian Institusi
  • Tadbir Urus & Integriti
  • Pendidikan & TVET
  • Data Raya
  • Kelestarian
  • Masyarakat Berpencerahan
  • Sains & Teknologi
  • Pengajian Islam
  • Sains Sosial & Kemanusiaan, dan
  • Isu-isu berkenaan.

YURAN SEMINAR

  • Yuran pembentangan hanya RM150.00 (Satu Ratus Lima Puluh Ringgit Sahaja) untuk pendaftaran. Yuran adalah sama tanpa mengira ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah atau staf pentadbiran USIM
  • Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama:
    Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
    • Nota Pembayaran Penyertaan:
      • i. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum penghantaran kertas kerja penuh dan bukti pembayaran perlu dimuatnaik bersama.
      • ii. Sila emelkan slip pembayaran (mail subject line: SAIS 2026 PAYMENT) ke emel pkausim@usim.edu.my.

TEMPLATE KERTAS KERJA

  • PIC Kertas Kerja SAIS 2026
    • Bahasa Melayu: latifah@usim.edu.my (013-3092465)
    • Bahasa Inggeris: sitirubaini@usim.edu.my (012-2037416)
    • Bahasa Arab: yuslina@usim.edu.my (019-2610828)
  • ​Sila rujuk lampiran dibawah untuk format penulisan kertas kerja