Category: Lain-lain

PKAUSIM FI QALBI 2.0

𝐏𝐊𝐀𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐟𝐢 𝐐𝐚𝐥𝐛𝐢 𝟐.𝟎

29 November 2024 | Bilik Mesyuarat Utama FSU | Alhamdulillah selesai sudah sesi pencerahan dan perkongsian berkait dengan kerjaya sebagai seorang staf akademik dan proses kenaikan pangkat.

Panel yang berpengalaman mewakili bidang Sains, Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam bin Hj. Mohamad Isa dan juga Sains Sosial Prof. Dato Dr. Zulkiple Abd Ghani masing-masing bergilir-gilir menjawab persoalan yang diajukan oleh moderator majlis, Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali.

Semoga program ini dapat menyuntik semangat semua staf akademik untuk menanam impian menjadi seorang pakar dalam bidang masing-masing dan seterusnya berbakti kepada universiti, masyarakat dan negara.

HARI AKADEMIA USIM 2024

4 Oktober 2024 – Fakulti Syariah & Undang-undang USIM | Sambutan Hari Akademia peringkat Universiti Sains Islam Malaysia kembali lagi dan buat kali pertamanya kami membawakan kepada anda pertandingan Ted Talk Inovasi bagi membentangkan idea dan inovasi dalam pengajaran dan seterusnya membawa kemodenan dalam sistem pembelajaran.

Sambutan kali ini juga telah menghimpunkan beberapa staf akademik bagi memperoleh anugerah seiring dengan pencapaian mereka. Antara anugerah yang ditawarkan adalah Anugerah Pengajaran Individu, Anugerah Pengajaran Berkumpulan, Anugerah Kursus Inovatif dan lain lain.

Pihak CETL juga mengambil peluang ini untuk melancarkan kursus microcredential 2.0 yang merupakan kesinambungan daripada kursus sebelum ini.

Semoga Hari Akademia ini akan terus dijadikan acara tahunan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para staf akademik.

KARNIVAL SUKAN PKAUSIM 2024

Sejarah tercipta apabila Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah berjaya menjalankan karnival sukan yang dapat menghimpunkan hampir 400 orang staf akademik dari semua fakulti di USIM.

Karnival ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi USIM termasuk Naib Canselor, TNCAA & TNCPI USIM.

Semoga karnival ini dapat menanamkan rasa semangat kesukanan dan kebersamaan dalam diri staf akademik di USIM.

Ada rezeki kita berjumpa lagi tahun hadapan !

INTERNATIONAL COASTAL CLEANUP 2024

𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐂𝐨𝐚𝐬𝐭𝐚𝐥 𝐂𝐥𝐞𝐚𝐧𝐮𝐩

Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Coca Cola telah menjayakan program International Coastal Cleanup pada 24 Ogos 2024 di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.

Program ini bertujuan untuk menerapkan etika menjaga kebersihan alam sekitar dan seterusnya mengeratkan silaturrahim antara masyarakat dan ahli keluarga,

DIALOG PKAUSIM FI QALBI BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI USIM

Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah menjalankan sesi dialog buat kali pertama bagi membincangkan isu-isu berbangkit di kalangan staf akademik secara bersemuka bersama dengan pengurusan tertinggi universiti. Pelbagai isu telah diutarakan dan diberikan maklumbalas oleh pihak tertinggi,

Selain itu, sticker rasmi PKAUSIM juga dilancarkan pada majlis ini demi mempromosikan persatuan ini di kalangan staf akademik.

Semoga dialog ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

SAIS 2024

PENGENALAN SEMINAR

Program SAIS 2024 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.

  1. Sehubungan itu, SAIS 2024 kali ini bertemakan “Memacu Rukun Madani dalam Sains Islamik” yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
  2. SAIS 2024 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.

3. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2024 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains

OBJEKTIF

  1. Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2024.
  2. Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama.
    * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2024 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor e-ISBN.

TEMA DAN SUB TEMA

SAIS 2024 kali ini bertemakan “Memacu Rukun Madani dalam Sains Islamik” yang meliputi subtema berikut:

  • Kemampanan Fiskal
  • Modal Kewangan
  • Keberkesanan Penyampaian Institusi
  • Tadbir Urus & Integriti
  • Pendidikan & TVET
  • Data Raya
  • Kelestarian
  • Masyarakat Berpencerahan
  • Sains & Teknologi
  • Pengajian Islam
  • Sains Sosial & Kemanusiaan, dan
  • Isu-isu berkenaan.

YURAN SEMINAR

  • Yuran pembentangan hanya RM 125.00 (Satu Ratus Dua Puluh Lima Ringgit sahaja) untuk satu kertas dan RM200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja) untuk pembayaran bagi penyertaan dua kertas. Yuran adalah sama tanpa mengira ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah atau staf pentadbiran USIM
  • Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama:
    Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
    • Nota Pembayaran Penyertaan:
      • i. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum penghantaran kertas kerja penuh / extended abstract dan bukti pembayaran perlu dimuatnaik bersama.
      • ii. Sila emelkan slip pembayaran (mail subject line: SAIS 2024 PAYMENT) ke emel pkausim@usim.edu.my.

TEMPLATE KERTAS KERJA

  • PIC Kertas Kerja SAIS 2024
    • Bahasa Melayu: sitirubaini@usim.edu.my (012-2037416)
    • Bahasa Inggeris: noorfajri@usim.edu.my (019-7789384)
    • Bahasa Arab: zalika@usim.edu.my (011-33113719)
  • ​Sila rujuk lampiran dibawah untuk format penulisan kertas kerja

E-PROCEEDING SAIS 2024

KERTAS KERJA PENUH BAHASA MELAYU


KERTAS KERJA PENUH (BAHASA INGGERIS)

KERTAS KERJA PENUH BAHASA ARAB

SAIS 2024

26 September 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsung Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS2024) edisi ke-7 anjuran PKAUSIM di Fakulti Pengajia Bahasa Utama (FPBU), USIM.

Seminar kalini telah berjaya menghimpunkan hampir 180 pembentangan yang meliputi kertas kerja Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Extended Abstract.

Bertemakan “Memacu Prinsip Madani dalam Sains Islam”, para pensyarah telah menghasilkan penulisan di bawah kepakaran masing-masing dan membentangkan dapatan kajian mereka di hadapan rakan-rakan pembentang yang lain.

Semoga program ini akan terus mendapat sambutan bagi sesi yang akan

HUBUNGI KAMI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
  • Setiausaha SAIS 2024: Puan Siti Rubaini Mat (012-2037 416)
  • Pengarah SAIS 2024: Prof Dr Azman Ab Rahman (012-2165 852)
  • E-mel: pkausim@usim.edu.my
  • FB: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)

MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI

Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah mengadakan satu majlis kecil-kecilan bagi meraikan ahli PKAUSIM yang akan bakal berangkat ke tanah suci bagi menjalankan ibadah Haji bagi tahun ini.

Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas yang diketuai oleh ustaz Mohd Adil Mufti bin Mohamad Samsudin, wakil Biro Kerohanian dan Kebajikan, dan seterusnya ucapan ringkas daripada Presiden Persatuan, Prof. Azman Ab Rahman.

Bakal jemaah haji juga turut menerima sedikit sumbangan daripada Persatuan bagi memudahkan urusan perjalanan ke tanah suci nanti. Semoga menjadi haji yang mabrur dan mendapatkan ampunan-Nya.

GRAND IFTAR PKAUSIM 2024

POSTER PROGRAM

27 Mac 2024 – Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) telah menjalankan majlis berbuka puasa bersama ahli-ahli PKAUSIM di Golf & Country Club Kota Seriemas.

Majlis disertakan dengan ucapan daripada Presiden PKAUSIM, Prof. Dr Azman Ab Rahman sebelum majlis berbuka, dan seterusnya sesi fotografi bersama semua ahli akademik USIM yang bersama-sama memenuhi jemputan pihak Persatuan.

Semoga ukhwah yang dijalin dapat menguatkan lagi hubungan sesama ahli akademik USIM di masa akan datang.