Kota Seriemas Golf & Country Club – PKAUSIM Grand Iftar 2023 bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, PKAUSIM telah mengadakan majlis berbuka puasa pada tarikh 29.3.2023 yang melibatkan kakitangan akademik USIM. Majlis ini dibuat bagi mengeratkan silaturrahim antara kakitangan akademik USIM dan keluarga masing-masing.
Pihak PKAUSIM mengucapkan terima kasih kepada yang hadir untuk menjayakan majlis berbuka puasa pada tahun ini.
Penghantaran Artikel Penuh | (31 JULAI 2023) Notifikasi Penerimaan Artikel | (4 OGOS 2023) Tarikh Akhir Pembayaraan dan Pendaftaran | (31 OGOS 2023) SAIS 2023 Akan Bermula pada | (19 DISEMBER 2023)
PENGENALAN
Program SAIS 2023 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.
Sehubungan itu, SAIS 2023 kali ini bertemakan βPeneraju Sains Islam di Persada Antarabangsaβ yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
SAIS 2023 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.
3. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2023 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains dan islam; sebagai pendokumentasian amalan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan bagi memperkasakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik berpaksikan epistomologi tauhidik Islam.
OBJEKTIF
Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2023.
Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama. * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2023 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor e-ISBN.
TEMA DAN SUB-TEMA
SAIS 2023 kali ini bertemakan βPeneraju Sains Islam di Persada Antarabangsaβ yang meliputi subtema berikut:
Kemampanan Fiskal
Modal Kewangan
Keberkesanan Penyampaian Institusi
Tadbir Urus & Integriti
Pendidikan & TVET
Data Raya
Kelestarian
Masyarakat Berpencerahan
Sains & Teknologi
Pengajian Islam
Sains Sosial & Kemanusiaan, dan
Isu-isu berkenaan.
YURAN PENYERTAAN
Yuran pembentangan hanya RM 200.00 (Dua Ratus Ringgit sahaja) untuk pembentangan secara fizikal di Madinah atau RM100.00 (Satu Ratus Ringgit Sahaja) untuk pembentangan melalui video di USIM sama ada ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah dan staf pentadbiran USIM
Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
Nota Pembayaran Penyertaan:
i. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 31 OGOS 2023.
ii. Sila emelkan slip pembayaran (mail subject line: SAIS 2023 PAYMENT) ke emel pkausim@usim.edu.my.
FORMAT KERTAS KERJA
Untuk pendaftaran, kertas kerja penuh dan tema/subtema perlu diemelkan mengikut kategori bahasa pengantaraan yang digunakan sebelum/selewatnya 31 Julai 2023.
Bahasa Melayu: sitirubaini@usim.edu.my (012-2037416)
Bahasa Inggeris: noorfajri@usim.edu.my (019-7789384)
Bahasa Arab: zalika@usim.edu.my (011-33113719)
βSila rujuk lampiran dibawah untuk format penulisan kertas kerja.