SAIS 2023

SAIS 2023

SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS (SAIS) 2023

Penghantaran Artikel Penuh | (31 JULAI 2023)
Notifikasi Penerimaan Artikel | (4 OGOS 2023)
Tarikh Akhir Pembayaraan dan Pendaftaran | (31 OGOS 2023)
SAIS 2023 Akan Bermula pada | (19 DISEMBER 2023)

PENGENALAN

Program SAIS 2023 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.

  1. Sehubungan itu, SAIS 2023 kali ini bertemakan β€œPeneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa” yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
  2. SAIS 2023 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.

3. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2023 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains dan islam; sebagai pendokumentasian amalan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan bagi memperkasakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik berpaksikan epistomologi tauhidik Islam.

OBJEKTIF

  1. Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2023.
  2. Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama.
    * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2023 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor e-ISBN.

TEMA DAN SUB-TEMA

SAIS 2023 kali ini bertemakan β€œPeneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa” yang meliputi subtema berikut:

  • Kemampanan Fiskal
  • Modal Kewangan
  • Keberkesanan Penyampaian Institusi
  • Tadbir Urus & Integriti
  • Pendidikan & TVET
  • Data Raya
  • Kelestarian
  • Masyarakat Berpencerahan
  • Sains & Teknologi
  • Pengajian Islam
  • Sains Sosial & Kemanusiaan, dan
  • Isu-isu berkenaan.

YURAN PENYERTAAN

  • Yuran pembentangan hanya RM 200.00 (Dua Ratus Ringgit sahaja) untuk pembentangan secara fizikal di Madinah atau RM100.00 (Satu Ratus Ringgit Sahaja) untuk pembentangan melalui video di USIM sama ada ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah dan staf pentadbiran USIM
  • Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama:
    Persatuan Kakitangan Akademik USIM (Bank Islam: 0505 80100 17874)
    • Nota Pembayaran Penyertaan:
      • i. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 31 OGOS 2023.
      • ii. Sila emelkan slip pembayaran (mail subject line: SAIS 2023 PAYMENT) ke emel pkausim@usim.edu.my.

FORMAT KERTAS KERJA

  • Untuk pendaftaran, kertas kerja penuh dan tema/subtema perlu diemelkan mengikut kategori bahasa pengantaraan yang digunakan sebelum/selewatnya 31 Julai 2023.
    • Bahasa Melayu: sitirubaini@usim.edu.my (012-2037416)
    • Bahasa Inggeris: noorfajri@usim.edu.my (019-7789384)
    • Bahasa Arab: zalika@usim.edu.my (011-33113719)
  • ​Sila rujuk lampiran dibawah untuk format penulisan kertas kerja

Extended Abstract:

HUBUNGI SAIS 2023

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
  • Setiausaha SAIS 2023: Puan Siti Rubaini Mat (012-2037 416)
  • Pengarah SAIS 2023: Prof Dr Azman Ab Rahman (012-2165 852)
  • E-mel: pkausim@usim.edu.my
  • FB: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)

BUKU PROGRAM SAIS 2023


PEMBENTANGAN SAIS 2023

SIDANG 1 | BAHASA ARAB
SIDANG 2 } BAHASA INGGERIS
SIDANG 3 | BAHASA MELAYU
SIDANG 4 | EXTENDED ABSTRACT
SIDANG 5 | BAHASA ARAB
SIDANG 6 | BAHASA INGGERIS
SIDANG 7 | BAHASA MELAYU
SIDANG 8 | EXTENDED ABSTRACT
SIDANG 9 | BAHASA INGGERIS
SIDANG 10 } BAHASA MELAYU
SIDANG 11 } BAHASA INGGERIS
SIDANG 12 : EXTENDED ABSTRACT

The Global Leaders In Islamic Science

E-PROCEEDING

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

BAHASA ARAB

EXTENDED ABSTRACT

GAMBAR PROGRAM

2 thoughts on “SAIS 2023

  • mohdhatta
    April 8, 2023 at 8:44 am

    Saya berminat untuk mengikuti SAIS pada tahun ini jika ada penganjuran, boleh saya dapatkan maklumat?

    • Webmaster PKAUSIM
      May 25, 2023 at 11:45 am

      Tuan boleh berhubung dengan no yang tertera di poster atau laman web ini. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *.

*
*